Wednesday, July 13, 2011

12nd July 2011

Semalam hubby membeli sebuah komputer second-hand dari salah seorang rakan hubby tetapi monitor komputer itu tidak ada disediakan kerana ianya telah rosak....Jadi hubby cuma mengambil CPU, keyboard, mouse,sound speaker dan webcam sahaja...Kami try pasang komputer melalui tv plasma dan ternyata ianya berjaya, seperti menonton Playstation pula... Tetapi malangnya komputer itu tidak siap install window sepenuhnya dan hubby aku terpaksa menghantar semula CPU itu kepada rakannya petang tadi...Aku pun turut mengikut hubby ke rumah rakan hubby di Kuarters KLIA dan setelah itu kami ke pasar malam untuk membeli makanan malam kami di Taman Semarak, Nilai... Kami membeli nasi goreng ayam 2 bungkus, murtabak ayam dan daging 2 keping dan hubby membeli racun semut yang berleluasa membuat sarang di rumah....Bagaimana dengan cuaca hari ini? Sangat baik dan jerebu pun agak berkurangan sedikit, Al-Hamdulillah...Aku mulai melakukan tugas harian aku sebagai pembantu perpustakaan iaitu mengemaskini data-data ahli perpustakaan dan aku harap kali ini komputer tidak akan rosak lagi selepas ini...Susah kalau komputer asyik rosak saja dan aku tidak dapat fokus dengan kerjaya aku... wahh...aku ini sudah seperti ahli politik lagaknya, sibuk membuat kerja...tetapi aku tidak berminat untuk menjadi ahli politik dan tidak terlintas langsung di fikiran untuk menjadi ahli politik...Aku lebih selesa dengan kehidupan aku sekarang dan doa aku pada Allah agar ianya akan kekal hingga hujung nyawa.... Tidak lama lagi bulan Ramadhan akan menyusul dan aku sudah tidak dapat menahan rinduku pada Ramadhan...Insya Allah mudah-mudahan Allah akan mengabulkan doa hambaNya yang kerdil di sisiNya... Aku yakin dengan kekuasaan Allah dan aku yakin dengan Qada' dan Qadar Allah, setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya....

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧