Friday, July 15, 2011

15th July 2011

Hari ini aku bekerja seorang diri sahaja kerana pegawai aku telah bercuti menjaga anak lantaran pengasuh anaknya bercuti...Jadi tadi aku hanya berjalan seorang sahaja dan hari ini aku tidak ke Alamanda sebagaimana biasa....Aku hanya ke Petronas Jalan Presint 9 untuk membeli makanan...Setelah itu aku pulang ke office dan makan.....Pada mulanya aku fikir mahu ke Bank Rakyat untuk keluarkan duit tetapi aku batalkan hasrat aku kerana aku terfikir yang hari ini hari Jumaat, memang tidak ada parking kereta pada masa ini lebih-lebih lagi pada masa rehat panjang ini sebab berdekatan dengan Bank Rakyat di Presint 8, ada medan selera di situ... Rasa boring pula bila pegawai aku bercuti dan aku akan bekerja seorang diri lagi minggu depan kerana pegawai aku akan pergi berkursus selama 3 hari di Perpustakaan Negara Malaysia... Lepas itu, dia pula akan bekerja seorang diri kerana minggu depan aku pula yang akan pergi bercuti ke Cameron Highlands....hehehehe kiranya seri dalam pertandingan....Aku mula mencongak-congak apa barangan yang mahu aku beli semasa berada di Cameron Highlands nanti... hehehe tentu seronok bila dapat jejakkan kaki ke sana apatah lagi aku dapat pergi ke Cameron Highlands untuk kali pertama...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧