Monday, July 18, 2011

18th July 2011

Hari Isnin...Sepatutnya aku pergi kerja pada hari ini tetapi malang telah menimpa aku... Period pain telah kembali sedari pagi tadi...Aku mengalami senggugut yang amat kuat dan aku pergi ke klinik panel untuk mengambil ubat dan doktor memberi aku MC sehari lantaran kesakitan yang amat...Setelah aku pulang, aku dapati yang hubby berada di rumah dan hubby sangkakan yang aku tidak pergi ke klinik lagi untuk mengambil ubat dan disebabkan itu dia cepat-cepat pulang ke rumah untuk menghantar aku ke klinik...Kemudian, dia melayari internet untuk mencari ubat senggugut dan dia terjumpa dengan laman web Sendayu Tinggi yang menawarkan ubat senggugut...Hubby mengajak aku untuk pergi membeli ubat Sendayu Tinggi dan aku pun mengikut hubby keluar...Kemudian aku meminta hubby memperbaharui lesen memandu aku lantaran lesen aku akan mati pada hari Khamis ini...Aku minta hubby buatkan 2 tahun untuk perbaharui lesen memandu aku...Kemudian kami pergi ke kedai stokis Sendayu Tinggi di Bandar Baru Salak Tinggi dan kemudian setelah beli kami pulang ke rumah...Setibanya di rumah, aku pun makan sedikit roti dan kemudian aku pun makan ubat untuk menghilangkan rasa senggugut aku...Setelah hubby aku pergi kerja semula, aku pun sambung tidur lantaran ubat yang aku makan sudah mula menampakkan simptom mengantuk...



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧