Wednesday, July 20, 2011

20th July 2011

Al-Hamdulillah, segala pujian bagi Allah...Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah yang serba indah ini...Terima kasih Ya Allah!! Cuaca hari ini agak baik dan aku berharap cuaca akan sentiasa baik sampai minggu depan... Hmm.. Bercakap pasal minggu depan, hari Ahad ini aku dan hubby akan pergi ke Cameron Highlands untuk bulan madu kami yang kedua kali...hehehe... Alangkah seronoknya rasa di hati aku ini... Mudah-mudahan segala-galanya akan berjalan dengan lancar... Tadi aku dan hubby makan mee bandung manakala air minuman kami adalah neslo ais dan fresh orange...Kemudian kami menonton wayang dalam bilik tidur kami...hehe sebenarnya wayang itu adalah komputer yang memang dipasang di dalam bilik tidur kami,jadi filem yang kami tengok adalah KL Gangster...Kemudian hubby terpaksa bergegas ke office untuk menyambung kembali kerja-kerja terbengkalai setelah dia solat maghrib.... Jadi terpaksa aku menonton wayang seorang diri....Oh ya! Kucing-kucing aku semakin membesar dan semakin manja dengan aku...Bila aku membuka pintu dapur saja, terus mereka akan meluru mendapatkan aku dan mengiau untuk diusap kepala. Masing-masing berebut untuk duduk di atas riba aku dan kadang-kadang aku memukul perlahan kepala mereka jikalau mereka degil... hehehe... Gambar mereka? Nanti aku muat turun kemudian sebab aku belum ambil gambar mereka lagi disebabkan mereka cepat sangat melarikan diri dan tidak sempat aku untuk mengambil gambar mereka.... Insya Allah nanti aku akan muat turun dalam blog ini dan kamu semua akan dapat tengok gambar mereka....



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧