Thursday, July 21, 2011

21st July 2011

Hari Khamis...Masa berlalu begitu pantas dan kecanggihan teknologi pada zaman sekarang semakin menjadi-jadi... Begitu juga arus kemodenan dan peradaban manusia di zaman sekarang yang semakin maju tetapi manusia semakin mundur dan miskin di dalam keimanan yang jitu.. Pembunuhan, perzinaan, rompakan dan pelbagai dosa yang lain sedang giat dilakukan oleh manusia.... Adakah kita semakin menghampiri hari kiamat?! Bersediakah kita untuk menghadapi semua ini?! Bagi umat Islam,sudah tentu kita bersedia dengan hari kiamat tetapi adakah kita mempunyai bekalan iman dan taqwa yang cukup untuk menghadap Allah?! Aku berdoa agar aku, hubby, keluarga kami dan seluruh umat Islam agar dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT... Semoga kita dijauhi segala perkara yang mungkar yang berlaku di dunia ini... Dunia ini cuma pinjaman dari Allah SWT semata-mata.... Aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah dan memberikan aku nikmat rezeki untuk aku meneruskan kehidupan.... Alangkah cantik bumi yang Allah cipta ini dan seluruh alam semesta, betapa teliti Allah untuk mencipta seluruh alam dan betapa Allah amat sayangkan hamba Nya, melebihi segala-galanya, Yang Maha Penyayang Lagi Mengasihani... Allah selalu berada di hati kita semua, pejamkan mata dan kita akan dapat rasa kehadiran Allah di dalam kehidupan.... Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba Mu yang lemah, aku tidak layak untuk ke syurga Mu namun aku tidak sanggup untuk ke neraka Mu, Kau berikan petunjuk dan hidayah Mu sebagai bimbingan dalam hidup aku... Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa aku, ampunkan dosa suamiku, ampunkan dosa kedua dua ibu bapa kami, ampunkan dosa kaum keluarga kami dan ampunkan dosa kaum muslimin dan muslimat.... Terimalah taubatku Ya Allah kerana sesungguhnya Kau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang... Berikanlah kami kesihatan yang baik, selamatkan kami dari segala malapetaka di dunia dan di akhirat, berikan kekuatan pada kami untuk mengharungi segala rintangan dan dugaan yang Kau berikan pada kami, berikan kami keimanan dan ketaqwaan yang teguh untuk beramal ibadat dan mengingati Mu....Ya Allah, ya Tuhanku, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.  Amin Ya Rabbal Alamin.....


" Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya. "

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧