Saturday, July 23, 2011

23rd July 2011

Al-Hamdulillah... Cuaca hari ini sungguh baik sekali... Aku dapat membasuh semua pakaian aku dan hubby sebelum kami berangkat ke Cameron Highlands... Syukur aku sekali lagi kerana semua pakaian kering dan aku baru sahaja melipat pakaian supaya tidak nampak berselerak bila aku pergi ke sana nanti... Tadi aku mengemas pakaian untuk dibawa ke Cameron Highlands ke dalam beg...Pakaian hubby serta aku dilipat di dalam sebuah beg, makanan dan minuman aku isi dalam beg recycle dan satu lagi beg recycle aku bawa untuk mengisi pakaian kotor kelak... Kelengkapan diri aku dan hubby pun sudah aku sediakan dan aku letakkan barang-barang tersebut berhampiran dengan pintu agar mudah untuk hubby masukkan ke dalam bonet kereta esok...Okay, semuanya sudah tersedia... Aku mencabut kepala paip gas supaya esok aku tidak terlupa untuk mencabutnya dan ini semua adalah keselamatan rumah aku... Makanan kucing pula aku letakkan di dalam dua bekas berasingan..Satu bekas aku letakkan di luar kandang manakala satu bekas lagi aku letakkan di dalam sangkar dan aku hadang dengan tin makanan supaya tiada kucing lain dapat masuk di dalam sangkar...Hanya kucing aku muat untuk masuk ke dalam sangkar tersebut... Aku harap dan berdoa agar rumah dan kucing-kucing aku akan selamat selama aku pergi ke sana...



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧