Sunday, July 24, 2011

Here We Come, Cameron Highlands!!

Al-Hamdulillah, akhirnya kami sampai di Cameron Highlands... Yahooo... Terima kasih Ya Allah kerana Kau telah permudahkan perjalanan kami...Al-Hamdulillah...Aku berasa amat seronok sekali kerana dapat bercuti dengan hubby tercinta kerana inilah kali pertama kami berdua pergi ke Cameron Highlands...Kami bernasib baik kerana tidak sesat dengan adanya bantuan GPS handset milik aku dan kami sememangnya tidak sesat...Kami melalui jalan Lebuhraya Elite kemudian diikuti dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan kami masuk ikut tol Simpang Pulai kerana menurut rakan-rakanku yang pernah pergi ke Cameron Highlands, jalan di Simpang Pulai adalah lebih baik jika dibandingkan dengan jalan Tapah dan GPS aku pun menunjukkan arah jalan yang sama iaitu Simpang Pulai...Pemandangan di Cameron Highlands sememangnya cantik dan aku amat berbangga kerana tinggal di bumi Malaysia....Kami sampai di rumah peranginan persekutuan pada pukul 1.55 petang dan kami mula check in masuk ke suite room pada pukul 2.00 petang.... Kami kemudiannya masuk ke dalam suite room dan ternyata ianya sungguh besar sekali dan boleh memuatkan sebuah keluarga tinggal di suite room ini... Aku dan hubby berehat seketika sebelum kami keluar semula untuk menikmati udara Cameron Highlands di waktu petang... Kami bertolak dari rumah peranginan persekutuan pada pukul 4.30 petang dan kami pergi ke Kea Farm yang jaraknya kira-kira 2 kilometer dari rumah penginapan kami... Kelihatan ramai orang yang membeli barangan di sana kerana Kea Farm ini diibaratkan seperti pasar sayur dan buah-buahan... Kami tertarik dengan suasana begini dan hubby telah membeli jagung mutiara bakar dan rebus 4 tongkol....Kata orang jagung mutiara ini amat manis sekali dan kami pun mencuba untuk merasa jagung mutiara yang manis itu... Ternyata ianya amat manis sekali dan aku amat gembira dan seronok...Kemudian kami membeli satu kotak buah strawberi yang amat terkenal di Cameron Highlands...Kami kemudian bergerak ke gerai makan untuk menikmati makan malam dan setelah itu kami pun pulang ke rumah penginapan kami pada pukul 7.20 malam... Suasana di Cameron Highlands amat sejuk sekali dan aku tidak sesekali untuk mandi menggunakan air sejuk sebaliknya aku mandi menggunakan air panas...Esok kami akan keluar lagi berjalan-jalan di Cameron Highlands dan di dalam fikiran aku memang banyak tempat yang perlu kami lawati semasa berada di Cameron Highlands...Okay, inilah gambar-gambar semasa aku berada di Cameron Highlands...


Inilah Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands khas untuk kakitangan kerajaan..Memang murah !! Rugi tau kalau tidak pergi ke sini...



Inilah jagung mutiara yang aku sebutkan..Bezanya dengan jagung biasa adalah isinya...Tengok..Ada warna putih seperti mutiara kan....

Suasana di Kea Farm... Memang ramai orang yang berkunjung di sini...

Inilah pasar di Kea Farm... Macam-macam ada...

Bilik penginapan aku..Macam mana? Besar bilik ini kan...

Wajah pasangan merpati sejoli...Gembira tidak terkata...

Pemandangan yang cantik...

Hai kawan-kawan..Jangan jealous yea....hehehe
Buah strawberi yang aku beli...RM10 untuk satu kotak....

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧