Tuesday, July 26, 2011

Continues -----> Cameron Highlands

Udara pagi ini sungguh segar dan nyaman, cuaca pun nampak elok dan tenang sahaja.... Kami mulakan acara pada pagi ini dengan bersarapan pagi nasi lemak ayam berempah... Ini kerana kedai makanan Melayu amat kurang jika dibandingkan dengan kedai makanan Cina dan India... Jadi aku dan hubby terpaksa menjamu selera di gerai makanan yang kami bersarapan semalam dan menu pun sama seperti semalam... Selesai makan, kami pergi ke pasar Kea Farm untuk membeli jagung mutiara dengan kuantiti yang banyak, separuh daripadanya adalah rakan-rakan office aku memesannya dan separuh lagi kami punya sebab mahu diagihkan kepada jiran tetangga.... Kemudian, aku ternampak tomato ceri yang sedap dan aku bertanyakan harga bagi sekotak buah tomato ceri... Penjual itu berkata dia tidak jual sekotak tetapi sebaliknya dia menjual buah tomato ceri dengan harga RM10 sebanyak 3 kotak...Terbeliak biji mata aku dan aku terus membelinya...Kemudian aku terpandang satu buah ini yang dinamakan buah jambu epal... Penjual itu mempelawa untuk aku merasa buah tersebut, dan rasanya seperti jambu batu pun ada, rasa epal pun ada...Penjual itu berkata harga jambu epal ini dua bungkus RM10 dan aku bertanya kepada hubby sama ada mahu beli atau tidak... hubby bersetuju untuk membelinya dan satu lagi aku beli buah, iaitu buah strawberi dengan harga RM25 sebanyak 3 kotak...Penat berjalan, kami singgah ke gerai makanan untuk membeli ubi manis rebus... Hubby berkata dia agak berasa kenyang untuk makan tengahari dan dia mengajak aku untuk ke taman di Tanah Rata.....Kami pulang ke rumah penginapan pada pukul 7.00 malam dan pada pukul 9.00 malam kami keluar untuk menikmati makanan tengahari kami a.k.a. makan malam kami di restoran berhampiran dengan rumah penginapan.....

Aku beli souvenir penutup telinga...hehehe ada gaya ke tidak?!! Hubby kata aku macam rapper....

Lambat betul sayang bersiap? Pukul berapa hendak pergi ini?!

Dekat pintu masuk taman bunga di Tanah Rata....


Apakah benda itu?

Termenung jauh isteri abang ini....

Abang pandang pada siapa itu?

Jagung mutiara pesanan rakan-rakan office...

Sarapan pagi kami....
Sekali lagi aku membeli strawberi... RM25 untuk 3 kotak....


Inilah buah jambu epal...rasanya manis dan menurut kata rakan aku, ianya adalah jambu yang telah dijeruk dan beri perasa epal...patutlah manis lain macam dan warna hijau dia memang lain dari yang lain....

Terliur aku melihat tomato ceri yang comel dan cute ini... Sedap dimakan begitu sahaja....

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧