Friday, July 29, 2011

Ingat nak masak sup ikan salmon tapi...

Hari ini adalah hari terakhir aku dan boss pergi membeli makanan McDonald... Dan pada hari Isnin ini (Insya Allah) kita akan menyambut bulan Ramadhan... Hari ini Kak Ayu turut ikut serta untuk membeli makanan McDonald untuk diberi kepada anak-anak dia... Tadi aku singgah ke pasaraya Giant untuk mencari dan membeli ikan salmon tetapi malangnya ikan salmon tiada dalam senarai untuk hari ini... Nampaknya kempunan lagi aku untuk membuat sup ikan salmon... Tetapi aku harap minggu depan aku akan dapat makan sup ikan salmon dan hubby tentu gembira kalau aku masak sup ikan salmon...Semasa aku memilih ubi kentang, tiba-tiba ada dua orang pekerja pasaraya bergaduh, aku tidak pasti apa sebabnya.... Apa yang aku dengar adalah seorang pekerja Melayu marahkan pekerja Bangladesh kerana menolak kepala dia... Mula-mula berlaku tolak menolak secara slow tetapi kemudian menjadi besar dan nasib baik ada pekerja lain yang meleraikan pergaduhan itu... Aku pula pura-pura memilih limau purut dan dalam masa yang sama mata aku melirik ke arah pergaduhan itu... Kemudian, aku singgah ke kedai komputer untuk mencari speaker yang lebih kecil dan comel untuk disimpan di office aku...Ini kerana speaker yang sedia ada mungkin telah rosak dan aku tidak dapat mendengar setiap butiran lagu...Tetapi harga speaker di kedai itu terlalu mahal dan aku tidak dapat meminta diskaun untuk speaker tersebut...Setelah itu, semasa dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, aku singgah sebentar di Kota Warisan untuk mencari speaker yang murah.. Dan akhirnya aku ketemu juga speaker yang aku idamkan..Selain speaker, aku juga membeli penyambung USB untuk hubby... Tentu hubby gembira bila aku dapat mencari penyambung USB untuk dia...



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧