Saturday, July 30, 2011

30th July 2011

Cuaca hari ini hujan dan mendung sepanjang hari dan aku tidak dapat membasuh pakaian lantaran cuaca yang sejuk ini... Hari ini berlaku sesuatu yang lucu pada diri aku... Pada waktu pagi lebih kurang pukul 8.30 pagi aku terkejut dari tidur kerana aku terdengar bunyi azan daripada handset hubby.. Aku menyangka yang aku terlewat bangun dan mungkin itu adalah azan Zohor, lantas aku bergegas bangun dan mandi... Selesai mandi, aku terserempak dengan hubby yang kehairanan..Dia bertanya kenapa aku seperti kelam kabut dan aku pun menceritakan hal sebenar... Kemudian hubby tergelak besar bila aku melihat semula jam dan rupa-rupanya jam pada handset hubby yang salah...Aduh...Penat saja aku mandi seperti kerbau mandi...Hari ini menu masakan aku adalah ayam masak kicap, sayur goreng dan nasi putih... Oh ya! hari ini juga aku membuat salad buah iaitu ubi kentang coleslaw... Salad ini terdiri daripada ubi kentang yang direbus, buah strawberi, buah jambu batu, buah tomato ceri dan mayonis sayuran... Hari ini hubby telah membeli cat warna ungu untuk dibuat wallpaper, dia membuat bunga yang besar kemudian dicat dengan warna ungu dan background warna adalah warna biru langit...Aku lihat yang warna ungu memang sesuai dengan warna biru langit dan aku suka kombinasi dengan warna tersebut.... Esok adalah hari penentu samada hari Isnin atau Selasa ini kita akan menyambut bulan Ramadhan...  So, inilah gambar tentang menu masakan aku... Coleslaw ini aku cipta sendiri dan rasanya memang sedap bagi sesiapa yang sukakan ubi kentang salad ini... hehehe

Inilah rupa salad buah yang aku cipta sendiri...




No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧