Wednesday, July 06, 2011

5th July 2011

Terasa bosan pula bila drama 'Smile Again' sudah tamat siarannya... Tapi bagus juga kerana aku dapat tumpukan lebih perhatian untuk beribadat..hubby aku semakin ligat buat wallpaper dekat dinding rumah kami... Nampak cantik pula bila semuanya sudah dicat...Oh ya! hubby aku ada membeli kapal kayu untuk dijadikan hiasan dinding,pada mulanya aku ingatkan saiznya besar ekoran hubby cakap ianya perlu dibawa balik dengan kereta....Aku mengambil kapal itu di KLIA dan rupa-rupanya kapal itu tidak adalah besar sangat...Terasa geli hati pula aku rasa kerana hubby cakap ianya besar dan berat...Kemudian, hubby letakkan kapal kayu itu di dinding dan ianya nampak sesuai dengan wallpaper di belakang kapal kayu itu....Sekarang ini sudah masuk bulan Julai dan tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan...Aku pula akan ke Cameron Highland 3 minggu lagi dan aku mula fikirkan apa barangan untuk di bawa balik cenderamata untuk orang tersayang.... Raya tahun ini kami akan beraya di Terengganu dan kami akan pulang seminggu sebelum raya....



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧