Selamat Hari Lahir Diriku

Friday, August 12, 2011

Hari Jumaat... Hari ini merupakan hari lahir aku yang ke 29 tahun... Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang kepada aku selama 29 tahun untuk bernafas di bumi Nya.... hehe orang pertama yang mengucapkan wish kepada aku adalah hubby tercinta...Kemudian, diikuti dengan ummie dan adik-adik aku... Bila aku membuka laman web Facebook dan Twitter, aku dapati banyak ucapan yang diucapkan daripada rakan-rakan... Terima kasih semua kerana memberi ucapan kepada aku... Semoga Allah merahmati kita semua dan memberkati kehidupan kita semua... Tanggal 12/08/1982 aku dilahirkan... Dan tarikh lahir aku berlawanan dengan tarikh lahir abah, iaitu 08/12/1949.... Tengok.... Tarikhnya terbalik bukan?! Susah hendak jumpa dengan tarikh yang terbalik dan sama dengan ibu atau ayah kita... Hari lahir aku juga merupakan hari ke 12 kita berpuasa dan tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.... Adik perempuan aku akan balik dari Mesir tidak berapa lama lagi dan dia sudah pun menamatkan pengajian dia di Universiti Al-Azhar, Mesir....  Cuaca pada pagi dan petang tadi agak cerah dan aku berharap agar cuaca akan baik pada esok hari kerana rutin mingguan aku akan bermula... Tapi sekarang ini kedengaran bunyi guruh dan petir sambar menyambar diikuti dengan hujan lebat... Aku terasa dingin sekali dan aku teringat di zaman kecil aku iaitu suka bermandi air hujan... Kalau orang lain, sudah tentu akan menghidap demam tetapi aku sebaliknya... Lagi lebat hujan turun, lagi seronok...



1 comment

  1. Oo Shikin lahir 1982. Beza kurang 3 tahun daripada saya.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧