Friday, August 19, 2011

19th August 2011

Image result for friday
Hari Jumaat, penghulu segala hari... Wahh, sudah 19 hari kita berpuasa dan Al-Hamdulillah aku masih dikurniakan nafas untuk terus hidup di muka bumi Allah ini...  Minggu depan adik perempuan aku akan balik ke Malaysia dan pada hari raya nanti tentu meriah sekali di rumah aku kelak... Aku sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman dan aku berasa rindu pada semua orang... Tunggu sahaja kepulangan kami... Biasanya pada hari Jumaat, aku dan bos akan pergi ke Alamanda tetapi bila tiba bulan puasa, kami tidak ke mana-mana... Tetapi hari ini tercatat dalam sejarah kerana aku dan boss pergi ke Alamanda untuk mengambil kuih raya...hehehe... Sekali bos aku pula tercium bau McDonalds dan apa lagi dia pun pergi membeli McDonalds untuk dimakan semasa buka puasa... aku pula tidak membelinya kerana aku tahu yang hubby pun mahukan McDonalds juga dan aku mengambil keputusan untuk tidak membeli McDonalds...Menu aku pada hari ini adalah aku membeli nasi ambeng kesukaan hubby dan aku pula macam biasa, nasi kerabu... Kalau beli lauk harganya terlalu mahal dan tidak tergamak aku untuk membeli lauk yang begitu mahal...  Bayangkan harga seketul ayam goreng berharga RM2.50... Gila!! Adalah lebih baik aku membeli ayam seekor dan goreng di rumah... Sebab itu aku suka membeli nasi kerabu dari membeli lauk...



1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧