Diari harian

Saturday, August 20, 2011



Assalamualaikum
Hujan telah turun dengan begitu lebat dan aku tidak dapat menjemur pakaian aku... Aku membasuh semua pakaian aku dan hubby selepas bersahur pagi tadi dan tepat pada pukul 7.30 pagi, hujan mulai turun... Macam mana aku mahu menjemur pakaian?hmmm... Hari ini aku terlepas untuk menonton cerita kartun Sailormoon oleh kerana hujan turun dengan lebat telah menyebabkan aku terbabas waktu tidur... Sebenarnya aku terlelap sementara menunggu mesin basuh... Kemudian pada waktu tengahari, hubby mengajak aku pergi ke pasaraya Giant untuk membeli barang keperluan dapur seharian kami... Masa kami sampai di pasaraya Giant, aku melihat ramai orang untuk membeli keperluan raya... Ada yang membeli baju raya, kuih raya dan barang-barang untuk membuat kuih raya.... Pelbagai ragam dan gelagat yang dapat dilihat.. Yessss... Akhirnya aku berjaya membeli ikan salmon kesukaan aku dan hubby... Pada mulanya hubby ternampak seperti kelibat kepingan ikan salmon dan aku dapat membeli 4 potong ikan salmon yang besar... Kemudian kami pulang ke rumah pada pukul 4.30 petang dan aku mula memasak untuk juadah berbuka puasa....Aku memasak nasi putih, menggoreng ayam dan membuat lauk sayur masak lemak kuning... Aku memasak banyak kerana semua lauk yang ada boleh disimpan untuk dibuat sahur nanti... Persiapan raya? hehehe sebenarnya persiapan semua sudah tersedia, cuma tahun ini aku tidak membeli banyak kuih raya kerana aku takut ianya tidak termakan kelak... Aku cuma akan membeli sedikit sahaja kuih raya untuk rumah aku nanti...

1 comment

  1. Tertanya-tanya versi sup salmon Shikin bagaimana rasanya. Mungkin boleh kongsi resipi?

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧