Wednesday, August 03, 2011

3rd August 2011

Hari ini cuaca agak cerah walaupun di dalam office aku ini terasa sejuk yang melampau akibat suhu aircond yang tidak dapat dinaikkan... Hari ketiga kita berpuasa dan masa berlalu dengan begitu pantas sekali... Hari ini juga aku bekerja keseorangan kerana boss terpaksa mengambil cuti kecemasan... Walaupun begitu, library ini masih lagi dikunjungi oleh kakitangan di sini dan bulan ini boleh dikatakan agak meriah kerana bulan ini adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak... Biasanya pada waktu rehat, mereka semua akan pergi makan tengahari tetapi oleh kerana semua umat Islam berpuasa,jadi mereka hanya tinggal di office lantaran tidak boleh makan... Mereka hanya akan keluar pada hari Jumaat sahaja kerana pada hari Jumaat, waktu rehat agak panjang jika dibandingkan dengan hari biasa...Aku terfikir mana hendak pergi pada hari Jumaat ini kerana biasanya aku dan boss akan pergi ke Alamanda untuk membeli makanan tengahari (biasanya McDonald).... Hari ini aku masih lagi tidak memasak di rumah kerana terlalu letih untuk memasak dan rasanya tidak sempat untuk mencairkan ais ikan yang terletak di dalam peti ais... Kebetulan aku ingin ke kedai emas untuk membaiki gelang emas aku yang putus jadi aku mengambil keputusan untuk ke bazar Ramadhan di Kosmopleks Salak Tinggi.... Dekat bazar itu terdapat banyak gerai-gerai makanan dan minuman serta kuih muih...  Aku membeli nasi kerabu berlaukkan telur masin dan daging goreng... Manakala untuk hubby pula aku belikan lauk ikan keli masak pedas dan paceri nanas....Setibanya aku di rumah, aku dapati hubby sedang menggoreng sayur dan dia kata sayur goreng lebih itu boleh dibuat sahur nanti.... Air minuman pilihan aku kali ini adalah sirap bandung cincau... Mmmmm... Pagi tadi hubby bersahur dengan makan nasi berlaukkan ikan goreng, sayur goreng dan air kopi susu 3 in 1... Manakala aku pula bersahur maggie dan air minuman pilihan aku adalah 3 in 1 cereal jagung untuk mengalas perut kami bagi berpuasa....Lagipun Rasulullah SAW pernah bersabda :


“Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim)

Dan satu lagi sabda Rasulullah SAW tentang bersahur  :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid)

Wallahualam....



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧