Thursday, September 01, 2011

1st September 2011

Al-Hamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke rumah syurga kami di Sepang... Kami bertolak dari Terengganu pada pukul 9.00 pagi setelah selesai bersarapan nasi minyak... 3 hari lepas kami makan nasi minyak juga dan semalam pun kami makan di rumah abah nasi minyak... huhuhu susah hendak jumpa nasi minyak dihidangkan pada hari raya, selalunya mereka akan menghidangkan nasi minyak ini semasa kenduri kahwin sahaja, tetapi Terengganu memang ada kelainan...Tidak payah menunggu kenduri kahwin, di mana-mana kedai pun ada dijual nasi minyak ini... Wahhh...Banyak betul pakaian yang hendak dicuci, nasib baik aku tidak bekerja pada esok hari, hanya hubby sahaja yang bekerja... hehehehe dapatlah aku relaks sedikit kerana aku memang penat hendak mencuci pakaian petang ini.... Kucing-kucing aku masih setia menunggu di rumah tetapi kasihan sungguh melihat mereka kerana mereka kelihatan begitu kurus sekali akibat kurang makan padahal minggu lepas aku meletakkan dua bekas makanan sebagai bekalan mereka... hehehe kasihan mereka.... Kami sampai di rumah pada pukul 4.30 petang setelah 7 jam berada di dalam kereta, jalanraya tidak begitu sibuk kecuali di Tol Gombak sahaja yang sibuk dengan kenderaan... Tadi aku berkemas segala pakaian untuk dicuci pada esok hari dan terasa penat mencengkam diri ini.. Oleh itu, aku ingin mengundur diri pada hari ini... Selamat malam semua !!!

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧