Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tuesday, August 30, 2011



" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN ".... Aku berasa gembira sekali dapat mencium tangan hubby, memohon maaf dengan hubby dan ummie...Manakala adik-adik aku semua dapat memohon maaf dengan kami yang lebih dewasa, dan aku memberi duit raya kepada ummie dan adik-adik.... Kami secara kebetulan memakai pakaian yang sama kecuali ummie... Aku, hubby dan adik lelaki ketiga memakai pakaian berwarna kuning... manakala 2 orang adik perempuan dan adik lelaki kedua aku memakai pakaian berwarna ungu... Hanya pakaian ummie sahaja berlainan tetapi tudung ummie berwarna kuning... Ala, kira warna kuning juga... Ummie sempat menggoreng ketupat untuk dimakan bersama-sama dengan sambal daging manakala aku pula sedang menggosok pakaian kami semua... Sudah menjadi lumrah di pagi raya ini, kami akan bersalam-salaman memohon maaf dan pada hari yang bahagia ini, kami akan melakukan solat sunat hari raya di masjid berdekatan dengan rumah... Begitu ramai orang telah datang untuk menunaikan solat sunat hari raya dan aku sempat berjumpa dengan beberapa kenalan rapat aku dengan bertanya khabar.... Hari ini kami beraya di kebanyakan rumah saudara sebelah ummie dan rumah yang pertama kami singgah adalah rumah bapa saudara aku di Bukit Bayas... Emak saudara telah membuat rumah terbuka pada hari pertama Aidilfitri lantaran pada hari raya ketiga, anak lelaki sulung emak saudara aku iaitu sepupu aku akan bertunang.... Banyak betul masakan dimasak oleh emak saudara aku ini, antaranya nasi minyak, rojak buah, ketupat, nasi himpit, satey goreng, tapai dan pelbagai jenis kuih muih.... kami tidak makan begitu banyak kerana kami perlu singgah ke banyak rumah lagi nanti...Aku sempat meminta telur masin untuk di bawa balik ke Sepang kerana bapa saudara aku telah memelihara begitu banyak itik bahagian belakang rumah dia... ishh...ishhh... Tetapi sudah menjadi rezeki aku untuk menikmati telur masin kepunyaan bapa saudara sampai satu botol telur masin aku dapat... Terima kasih wahai bapa saudaraku !!!

Telur masin pemberian bapa saudara...






2 comments

  1. Sebalang telur masin!
    Susah hendak jumpa orang jual telur itik segar atau telur masin.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧