Diari harian

Monday, September 05, 2011


Assalamualaikum,
Selamat kembali untuk bekerja pada hari ini, Isnin... Tetapi suasana di office masih lengang lagi kerana ramai di antara kakitangan masih cuti rehat... Walau apapun boss aku tetap ada di sisi, itu yang penting... Rakan-rakan yang setia untuk masuk ke perpustakaan juga telah datang ke office... Biasanya mereka akan membaca suratkhabar dan majalah walaupun kadang kala mereka bicara tentang isu negara dan dunia....

Contohnya, negara kita dikejutkan dengaan kematian seorang jurukamera BERNAMA TV yang telah ditembak mati di Somalia dan seorang lagi jurukamera TV3 telah cedera akibat ditembak juga di Somalia... Aku berasa amat sedih dan simpati kepada keluarga arwah dan AL-FATIHAH untuk arwah... Semoga roh arwah dicucuri rahmat... Kita sekarang telah berada di bulan September dan tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Oktober, sekejap sahaja masa berlalu hingga kita tidak dapat menangkap masa... Isshhh...isshhh... Mana boleh menangkap masa, kita yang patut kejar masa... Masa ibarat emas, jikalau kita dapat menjaga dengan baik, Insya Allah kita tidak akan ketinggalan masa.... Bak kata mutiara ," Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak menggunakannya, ia akan memancung kamu."

Oleh itu, kita perlu menggunakan masa dengan sebaik mungkin dan jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja... Hari ini juga merupakan 7 Syawal 1432H dan pada tarikh 21 Syawal 1432H aku akan berusia genap 29 tahun kalau mengikut kalendar Islam... Setiap nafas yang aku hembus ini adalah milik Allah dan setiap degupan jantung aku ini adalah milik Allah semata-mata... Allah hanya memberi pinjaman kepada diri aku untuk terus beriman kepada Nya dan tidak lupa pada Nya.... Ya Allah, terima kasih di atas nikmat Mu yang telah Kau berikan pada aku... Sesungguhnya aku amat bersyukur dan berasa rendah hati dengan kurniaan Mu... Ya Allah, Kau ampunkan dosa aku, Kau ampunkan dosa suami aku, Kau ampunkan dosa kedua-dua ibu bapa kami, Kau ampunkan dosa kaum keluarga kami dan Kau ampunkan dosa kaum Muslimin dan Muslimat sekalian... Ya Allah, Kau berikan petunjuk dan hidayah Mu kepada diri hamba yang hina ini agar tidak terpesong akidah... Kau berikan cahaya Nur Mu kepada diri hamba yang daif ini... Aku memohon kepada Mu Ya Allah, Kau selamatkan aku dari seksaan api neraka, Kau selamatkan suami aku dari seksaan api neraka, Kau selamatkan kedua-dua ibu bapa kami dari seksaan api neraka, Kau selamatkan kaum keluarga kami dari seksaan api neraka dan Kau selamatkan kaum Muslimin dan Muslimat sekalian dari seksaan api neraka... Jangan tinggalkan kami Ya Allah.... Wahai Tuhanku, aku tidak layak ke Syurga Mu, namun tidak pula aku sanggup ke neraka Mu, ampunkan dosa aku, terimalah taubat aku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa aku. Amin Ya Rabbal'alamin....

1 comment

  1. Berbakti selagi termampu. Selalu ingatkan diri supaya ikhlas. Kalau tidak dihargai manusia, Allah Mana Mengetahui.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧