Thursday, September 08, 2011

8th September 2011

Hari ini aku buat masakan istimewa untuk hubby tercinta... Aku buat mee goreng... Hahahaha... Sebenarnya sudah agak lama aku tidak membuat masakan ini dan akhirnya pada hari ini terlaksana sudah tugas aku untuk memasak... Minggu ini adalah minggu paling sibuk untuk diri kami kerana pada hari Sabtu ini, jiran kami membuat kenduri kahwin untuk anak perempuan mereka...Kemudian pada hari Ahad pula, kami akan pergi ke rumah bapa saudara aku kerana dia membuat open house untuk hari raya dan selepas itu kami akan pergi ke rumah ibu saudara aku yang berada di Kajang untuk menghantar beg pakaian dia yang ditinggalkan di rumah aku serta mesin jahit yang aku beli daripada ibu saudara aku... Ibu saudara aku ini akan pulang ke USA kerana dia merupakan warga USA dan sebab itu dia menjual segala kelengkapan rumah supaya tiada apa yang dapat ditinggalkan di sini... Memang padat jadual kami pada minggu ini dan minggu depan ummie dan adik-adik akan datang ke rumah untuk berhari raya... Seronok rasa di hati kerana keluarga aku akan datang berhari raya di rumah... Oh ya! Minggu depan, genap 16 September adalah merupakan tarikh hari penubuhan Malaysia dan pada hari itu adalah cuti umum... So minggu depan aku akan bekerja selama 4 hari sahaja... Alangkah seronok rasa di hati... Cuaca pada hari ini sungguh baik dan sempurna walaupun kadang kala kita menerima khabar buruk samada kejadian alam semulajadi, kematian dan sebagainya... Walau apapun, kehidupan mesti diteruskan dan aku harap pada sesiapa yang kehilangan keluarga, saudara dan sahabat agar kamu semua akan tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan... Bagi yang bekerja, aku mengucapkan Selamat Bekerja dan kamu semua perlu bekerja dengan ikhlas dan jujur agar duit gaji yang kita dapat itu diberkati oleh Allah... Kita jangan berputus asa dalam kehidupan ini kerana dugaan yang menimpa kita itu adalah sebenarnya memberi kekuatan pada diri kita..Ingat pada Allah selalu dan Insya Allah, Allah akan membantu kita dalam menangani segala masalah kita...



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧