Wednesday, October 12, 2011

12nd October 2011

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali.. Semalam office aku telah mengadakan satu majlis perpisahan Pn Aida kami yang telah bertukar ke bahagian Hal Ehwal Pelajar di Yugoslavia... Kiranya dia bakal bekerja dengan JPA untuk menguruskan pelajar tajaan JPA... Agak jauh juga dia merantau tetapi itu sudah menjadi rezeki dia...Apa mungkin suatu hari nanti aku pun akan menjejakkan kaki ke sana, dan menjaga perpustakaan di sana? Atau mungkin aku dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran aku di sana? Sama-sama kita tunggu... Semalam aku sudah menceritakn tentang tempat bertugas aku yang kedua, hari ini aku mahu menceritakan tentang tempat bertugas aku yang ketiga sehingga ke hari ini aku masih di tempat yang sama...



JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan satu agensi bomba dan penyelamat di Malaysia. Perkataan "bomba" dalam Bahasa Melayu dipinjam daripada perkataan Portugis "bombeiros".

SEJARAH
Perkhidmatan bomba di Malaysia bermula pada tahun 1883 melalui penubuhan Skuad Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy dan 15 anggota. Pada tahun 1946 sebaik sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Perkhidmatan Bomba Malayan Union (MUS) ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Perkhidmatan Bomba Malayan Union. MUS berpengkalan di Kuala Lumpur.
Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, perkhidmatan bomba dan penyelamat diserahkan kepada pengurusan kerajaan negeri. Perkhidmatan tersebut kemudian disatukan sebagai satu jabatan persekutuan pada 1 Januari 1976 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Pada 8 Januari 1977, jabatan ini dinamakan semula sebagai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

INVENTORI TERKINI

Kenderaan

Unit laut

  • Hoverkraf bomba
  • Bot bomba

Unit udara



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧