Friday, October 14, 2011

14th October 2011

Image result for work
Hari ini aku dan bos tidak pergi ke Alamanda kerana kami ada banyak kerja yang perlu dilakukan lantaran ada buku baru yang kami terima dari bahagian lain...Kami cuma pergi ke Teja Medan Selera sahaja kerana itu adalah kedai makanan yang paling hampir dengan office kami... Cuaca sejak seminggu ini adalah mendung dan hujan sepanjang petang dan kadang-kala sampai ke waktu malam tetapi apa yang aku harapkan adalah biar cuaca untuk esok akan cerah... Kerana aku mempunyai tugas mingguan aku... Tadi aku ada menonton filem Tamil yang berjudul Arundathi, jalan cerita ini memang menarik dan aku rasa itu satu-satunya filem Tamil yang terbaik pernah aku tonton... Sebelum ini aku kurang menonton filem Tamil lantaran terlalu banyak babak pergaduhan, sama macam filem Hindi... Aku memang suka menonton filem-filem dari dalam negara mahupun luar negara asalkan filem itu mempunyai jalan cerita yang menarik... Salah satu kegemaran aku untuk menonton filem adalah filem P. Ramlee... Daripada aku kecil sampai sekarang, aku masih meminati filem tersebut, antaranya Madu Tiga, Labu dan Labi, Ibu Mertuaku, Kanchan Tirana, 6 Jahannam, Ahmad Albab dan lain-lain lagi.. Filem pada zaman ini pula aku amat suka tonton cerita Magika arahan KRU dan itulah salah satu filem Melayu yang terbaik buat masa ini... Satu lagi arahan KRU yang terbaik adalah filem Duyung tetapi sayangnya filem-filem tersebut tidak mendapat tempat di pentas antarabangsa... Okey, setakat ini sahaja coretan aku, Insya Allah kita akan berjumpa lagi... Tata...Selamat malam kawan-kawan... Have a nice dream...



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧