Saturday, October 15, 2011

15th October 2011

Al-Hamdulillah, semua pakaian aku dan hubby kering sepenuhnya kerana cuaca amat baik di sebelah pagi manakala di sebelah petang pula cuaca mendung dan hujan.. Waktu sekarang pun hujan masih turun dengan lebat, kerana musim tengkujuh@hujan telah melanda negara ini dan kebanyakan negara lain... Contohnya di Thailand, berlaku banjir besar  kerana hujan turun tidak berhenti dan air sungai telah melimpah ke tebing...Apapun aku simpati dengan mereka yang terlibat dengan kejadian alam... Dunia semakin tua dan tidak hairan jika akan berlaku lagi... Banyak juga kejadian alam telah berlaku di semua kawasan, gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, puting beliung dan pelbagai lagi, menunjukkan dunia semakin menghampiri kiamat... Ya Allah, lindungi aku dan keluargaku serta seluruh umat Islam dari segala malapetaka dan bencana yang menimpa kami Ya Allah... Apapun yang berlaku, aku harap keimanan dan ketakwaan aku pada Allah akan terus berkekalan... Lagi 3 minggu untuk aku dan hubby pulang ke kampung, kami ingat mahu pulang ke Palong pada hari raya Aidiladha nanti kerana cuti hari raya ada 2 hari... Selepas itu kami akan pulang ke Terengganu tetapi bukan untuk bercuti... Okey, mata aku sudah mengantuk dan aku perlu masuk tidur dahulu...Insya Allah kita jumpa lagi...




No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧