Selamat Hari Deepavali

Wednesday, October 26, 2011


Assalamualaikum... Hari ini merupakan cuti umum kerana hari ini adalah hari Deepavali.. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum Hindu di seluruh dunia.. Pada mulanya aku mahu membasuh pakaian tetapi oleh kerana hujan turun di awal pagi hingga sekarang, hasrat hati aku ini terbantut, terpaksa menunggu pada hari minggu ini untuk membasuh pakaian... Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan bulan Oktober dan Bulan November akan menyusul tidak lama lagi.. Tahun 2011 akan berasur-ansur akan meninggalkan kita dan tahun 2012 akan datang menyusul... Hari perkahwinan kedua-dua adik lelaki dan adik perempuan aku semakin dekat dan aku pula yang terasa berdebar-debar... hehehe macam aku pula yang mahu berkahwin.... Sudah banyak persiapan telah dibuat dan aku akan mula bercuti pada bulan November ini untuk meraikan majlis perkahwinan adik beradik kerana aku adalah tuan rumah yang perlu meraikan tetamu yang hadir... Hubby pun tidak terkecuali dari tugas menyambut tetamu dan dia akan bersama-sama dengan abah aku di pintu hadapan... Manakala aku pula akan bersama-sama dengan ummie untuk menyambut tetamu di dalam rumah... Hmmm petang tadi sahabat aku yang merupakan jiran aku telah datang ke rumah, dia memberi sedikit makanan yang aku kira macam puding untuk dirasa... hehehe memang sedap tetapi aku tidak tahu nama puding tersebut... nanti aku akan memuat turun gambar puding tersebut dan aku fikir aku mahu meminta resipi daripada sahabat aku itu... Okey, setakat ini dulu coretan aku, kerana aku mahu masuk tidur, esok aku dan hubby akan mula bekerja semula... Insya Allah kita akan jumpa lagi... Tata...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧