Thursday, October 06, 2011

6th October 2011

Hari Khamis yang sejuk dan nyaman... Cuaca pada hari ini agak mendung dan kadang kala hujan... hehehe macam pembaca berita pula aku ini...Esok adalah hari pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Najib Bin Abdul Razak... Aku tidak mengharapkan apa-apa cuma aku berdoa segala-galanya berjalan dengan lancar... Tetapi ramai di kalangan kita semua sudah tidak sabar untuk mendengar pembentangan belanjawan... Antara mereka yang mahu dengar adalah kenaikan gaji, penurunan harga barang-barang keperluan dan pelbagai lagi... Walau apapun keputusan yang akan dibuat, aku akan tetap bersyukur dengan segala pemberian, bak kata orang, bersyukur apa yang ada... Petang tadi aku sempat menonton drama Korea kegemaran aku dan selepas itu aku menonton drama Kantonis yang diberi nama Burning Flame yang mengisahkan tentang bidang bomba di Hong Kong... Sepatutnya di Malaysia perlu ada drama atau filem yang menceritakan tentang pengalaman anggota bomba semasa menjalankan tugas... Sebabnya adalah bidang kebombaan ini amat luas dari prospek dan bidang kerja yang dijalankan, ini kerana aku adalah salah seorang kakitangan sokongan yang bekerja di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia... Secara tidak langsung, aku mengetahui serba sedikit bidang kebombaan ini... Drama ini memang bagus untuk ditonton dan itulah drama Kantonis yang menarik minat aku...  Jam sudah menunjukkan angka 10.50 malam dan aku masih menunggu hubby pulang dari tempat kerja... Dia buat kerja lebih masa hari ini dan aku masih menunggu kepulangan hubby tercinta... Okey,sampai di sini sahaja, Insya Allah kita akan jumpa lagi pada hari esok...


Drama Kantonis " Burning Flame 3 "...




No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧