Friday, November 25, 2011

25th November 2011

Semalam gaji bulanan sudah masuk ke dalam akaun dan aku sudah pun membuat bayaran bil-bil yang sebagaimana biasa yang aku lakukan pada setiap hujung bulan.... Hari Jumaat, penghulu segala hari... Hari ini juga adalah hari terakhir untuk minggu bekerja dan pada hari Ahad ini, bermula tahun baru dalam kalendar Islam iaitu 1 Muharram 1433H.... Mungkin pada masa itu, ramai di kalangan kita semua akan melangsungkan perkahwinan, sempena dengan tarikh bersejarah itu...Bulan November akan digantikan dengan bulan Disember dan kemudian kita akan memasuki tahun baru iaitu tahun 2012... Oh ya! Sekarang ini hujan turun dengan begitu lebat sekali dan aku harap dan berdoa agar pada hari esok hujan tidak akan turun di waktu pagi kerana aku perlu membuat rutin mingguan aku, apa lagi jikalau tidak membasuh pakaian... Petang tadi hujan turun dengan begitu lebat sekali dan diikuti dengan guruh dan petir... Memang rasa bergegar bangunan ini sekejap, gara-gara bunyi guruh berdentum dengan kuat... Jikalau ummie ada di sini, sudah tentu dia akan menyuruh aku menutup segala peralatan elektrik, takut meletup dan terbakar.... hehehe... hari ini aku dan sahabat membeli makanan tengahari di Alamanda, Putrajaya... hehehe...Mana lagi kami mahu pergi...Pada hari biasa kami akan membeli makanan di medan selera Teja di Presint 9 tetapi memandangkan hari ini hari Jumaat dan waktu rehat kakitangan pula agak panjang, kami tidak dapat pergi ke sana...Memandangkan lot parking telah penuh dan banyak lauk sudah habis, kami sememangnya pergi ke Alamanda, Putrajaya kerana di sana memang terdapat banyak pilihan untuk makan tengahari...Lagipun sahabat aku ini ingin membayar bil broadband yang tertunggak.... Okey, aku mahu tidur dulu...Insya Allah kita akan jumpa lagi esok,jikalau Allah memanjangkan umur aku lagi... Tata...




No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧