Saturday, November 26, 2011

26th November 2011

Al-Hamdulillah, Allah telah mendengar dan memakbulkan permintaan aku... Hari ini aku dapat membasuh pakaian kami dan pada hari esok akan ada satu lagi trip membasuh pakaian... Aku berdoa agar hari esok tidak akan hujan dan jikalau takdir telah hujan, biarlah hujan itu turun pada waktu petang.... Hari ini juga aku dan hubby telah pergi ke pusat membeli belah untuk membeli keperluan harian kami serta barang-barang dapur... Memandangkan hari ini adalah hari tanpa plastik, so kami sudah merancang  untuk membawa beg kain yang besar untuk mengisi barang-barang belian kami... Memang banyak juga kami membeli dan hari esok kami akan ke pasar pagi untuk membeli barang-barang basah pula... So jadual aku pada hari ini agak padat juga...begitu juga dengan hubby aku... Dia sedang sibuk membeli dan membaiki lampu isyarat kereta yang tercabut baru-baru ini... Kami tidak tahu dekat mana lampu isyarat kereta itu tercabut, mungkin semasa kami mahu pulang ke rumah dari Terengganu...Selepas kami membeli belah, kami singgah sebentar ke restoran makanan untuk membeli makan malam kerana aku sudah tidak larat lagi untuk memasak...Tambahan pula barang-barang basah seperti ikan dan ayam sudah kehabisan stok dan esok baru kami hendak pergi membeli di pasar pagi... So kami fikir kami cuma akan membungkus sahaja makanan itu..... Okey, aku ingin menyambung kembali kerja-kerja yang terbengkalai....Kita jumpa lagi esok, Insya Allah... Tata...



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧