Thursday, November 03, 2011

3rd November 2011

thank-you-desi-glitters-8Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang membaca entri ini.. Kalian tidak jemu untuk membaca entri aku ini walhal aku cuma menceritakan tentang kehidupan aku... Maklum sahaja, aku memang suka menulis diari tetapi sekarang ini aku sudah agak malas untuk menulis diari... Kecanggihan teknologi telah memperkenalkan aku kepada dunia blogger dan aku menjadikan blog ini sebagai E-Diari aku... hehehe... Aku juga sudah mencapai sasaran untuk menjadikan rumah aku sebagai perpustakaan mini dan aku ingin membuat katalog untuk buku-buku aku itu... Tinggal dua hari sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia akan meraikan Hari Raya Aidiladha, dan aku rasa minggu depan aku cuma akan bekerja selama 2 hari sahaja lantaran aku mengambil cuti rehat untuk pulang ke kampung halaman aku... Sekarang ini aku sedang menonton filem Cina Storm Rider di TV2... Walaupun aku mempunyai VCD filem ini, tetapi aku sememangnya suka mengulang filem tersebut, dan aku memang minat pada pelakon-pelakon filem tersebut, seperti Ekin Cheng, Aaron Kwok dan Michael Tse.... Mereka memang kacak walaupun dunia sekarang telah dilanda K-Pop... hehehe.... Hari ini aku tinggal keseorangan kerana hubby kerja malam dan hanya akan balik pada petang esok... Aku sudah biasa dengan keadaan ini dan aku tidak berasa gerun untuk tinggal seorang diri... Walaupun ummie aku sentiasa pesan supaya aku menjaga diri dan aku akan ingat sentiasa pesanan ummie.... huaarrgghhh.... Okey kawan-kawan, aku sudah mengantuk dan esok adalah hari terakhir bekerja untuk minggu ini... Aku akan kembali bekerja pada hari Selasa minggu depan... Jumpa lagi nanti, Insya Allah...



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧