Monday, November 07, 2011

7th November 2011

Al-Hamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di rumah yang tersayang... hehehe terasa rindu pula aku pada kucing-kucing aku...Sebaik sahaja aku membuka pintu dapur, meluru mereka untuk meminta makanan, seolah-olah mereka tidak makan selama 1 bulan padahal aku sememangnya menyediakan makanan untuk mereka semasa ketiadaan kami di rumah...aku tidak tahu macam mana keadaan mereka sewaktu aku balik kampung aku nanti... Tidak mengapa, aku akan meminta pertolongan jiran aku untuk memberi makan, walaupun kadang kala aku tidak sampai hati untuk meninggalkan mereka... hehehe hendak di bawa balik aku bimbang kerana di rumah keluarga aku pun ada membela kucing, mesti akan bergaduh jikalau mereka bertemu...Maklumlah kucing asing masuk ke dalam kawasan kucing keluarga, lagak macam gangster saja...hehehe....Kami sampai di rumah pada pukul 12.30 tengahari dan aku sempat membasuh sebahagian pakaian kami yang hampir satu bakul penuh... Itu baru 3 hari 2 malam saja, belum lagi selama seminggu ini... Aku akan mula bekerja esok dan boss pun masih lagi bercuti, jadi aku akan bekerja seorang diri... Esok office aku akan diadakan jamuan hari raya korban dan dijangka 2 ekor lembu akan disembelih... Kalau ada rezeki, aku akan mendapat daging lembu dan sedikit lauk untuk dibawa pulang... Insya Allah.. Okey, kawan-kawan, aku perlu beredar sekarang kerana aku mahu menggosok pakaian kerja kami, hubby aku sekarang ini tengah sibuk melayan filem Raya Tak Jadi dan filem Libas.... Insya Allah kita akan jumpa lagi esok....Tata...


No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧