Sunday, December 11, 2011

11st December 2011

Al-Hamdulillah, syukur aku kepada Allah kerana masih dapat diberi peluang untuk aku bernafas lagi hari ini... Aku juga bersyukur kepada Allah kerana walaupun cuaca agak mendung dari pagi sampai ke malam, pakaian yang aku cuci tetap kering dengan sempurna... Baru sekejap tadi aku selesai menggosok pakaian kerja aku manakala hubby tidak bekerja pada esok hari kerana hari ini adalah hari keputeraan Sultan Selangor dan esok adalah cuti gantian...  Hubby nampak gembira sahaja hari ini sebab esok dia cuti manakala aku pula bekerja...huhuhu terasa amat tidak seronok sekali bila hanya hubby sahaja yang cuti tetapi aku tidak kisah sangat pasal hal ini...Aku sebenarnya lebih suka bekerja dari bercuti terlalu lama...Aku masih teringat lagi masa aku mengambil cuti sakit selama 3 bulan, boleh jadi gila aku dibuatnya kerana hanya duduk di rumah sahaja... Aku berharap agar kesihatan aku akan bertambah baik dan aku amat berharap agar diri ini tidak dibelenggu dengan masalah dalaman lagi...  Walaupun sekarang perasaan sedih aku masih ada tetapi aku tetap akan gagah untuk meneruskan kehidupan ini... Sekarang ini aku tengah merawat hati aku dengan membaca surah Yassin pada sekurang-kurangnya 2 kali sehari,tapi biasanya aku membaca surah Al-Quran pada selepas waktu Maghrib dan Isya'.... Insya Allah aku harap agar semoga dengan bacaan ini hati aku akan mendapat ketenangan... Bila melihat kucing-kucing kesayangan aku bermain, hilang sekejap rasa gundah di hati... Geli hati aku melihat mereka bermain sambil menyondol badan mereka pada kaki aku untuk diusap...hehehe... 


----------> okey, setakat ini nukilan hati aku pada malam ini... Insya Allah kita jumpa lagi.... Tata... Selamat malam dan mimpikan yang indah....













No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧