Sunday, December 18, 2011

18th December 2011

Hari Ahad akan berlalu sekejap sahaja lagi dan esok akan dimulakan dengan hari baru dan azam baru...Tidak lama lagi tahun 2012 akan muncul dan bersediakah kita untuk melangkah satu lagi tahun dan akan meningkatkan usia kita? Daripada seorang bayi yang tidak mengetahui apa-apa tentang dunia sehingga kita dewasa dan kematangan hidup akan sentiasa menemani kita... Dari zaman kecil sehingga dewasa, ada sahaja peristiwa yang berlaku di sekeliling kita dan itulah yang mematangkan pemikiran dan perbuatan kita.... Tetapi apapun yang kita lakukan, jangan libatkan diri kita ke lembah hina dan kejahatan kerana perkara itu yang akan merosakkan pemikiran kita sehingga kita menjadi manusia yang tidak berguna pada agama dan masyarakat... Kekayaan juga amat penting dalam kehidupan tetapi ianya perlu di stabilkan dengan kehidupan di akhirat.... Sebab jalan itu yang akan kita lalui kelak dan di akhirat juga destinasi kita yang sebenarnya.... Dunia ini hanya pinjaman sementara kerana kita perlu berusaha untuk melayakkan diri ke alam yang menyenangkan kita kelak... Walaupun ramalan dunia Barat menyatakan yang tahun 2012 akan kiamat tetapi bagi aku ianya mustahil kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak memiliki apa-apa pengetahuan tentang tarikh kiamat... Ini kerana tanda-tanda kiamat besar belum bermula, yang berlaku sekarang adalah tanda-tanda kiamat kecil sahaja, tetapi tidak mustahil mungkin malam ini atau esok tanda kiamat besar akan bermula... Kita disarankan supaya bertaubat kepada Allah SWT sebelum terlambat dan sebelum maut menjemput kita... Kita tidak boleh menghalang apa jua takdir yang Allah tentukan, kerana kita adalah hamba Nya yang amat kerdil dan lemah sekali.... Apapun, kita perlu selalu berzikir dan menyebut nama Allah dan beribadat dengan tulus ikhlas dan juga kita perlu bertaubat... Insya Allah, Dia akan menolong hamba Nya yang suka berdoa dan bertaubat kepada Nya...




No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧