Thursday, December 01, 2011

1st December 2011

Selamat datang wahai bulan Disember, dan selamat tinggal wahai bulan November... Kita semakin menghampiri tahun 2012 dan apakah azam anda pada tahun hadapan? Aku pula tidak suka memberi harapan palsu pada diri sendiri sebab takut tidak menjadi tentang apakah keazaman aku ini.... Tetapi azam aku di tahun Hijrah ini adalah aku ingin mengumpul wang bagi menampung perbelanjaan ke Tanah Suci Mekah suatu hari nanti... Sesiapa pun ingin ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarammah, ingin menjadi tetamu Allah dan melakukan ibadah dengan penuh kesyukuran.... Malam ini hujan turun dengan begitu lebat sehingga aku tidak dapat menonton drama dan filem pada Astro... Pada mulanya aku fikir mahu untuk menonton filem pada DVD sahaja tetapi aku berasa amat penat sekali dan amat mengantuk... Oh ya! Hari ini genap hari ketiga aku menunaikan ibadah puasa ganti, Al-Hamdulillah... Hubby aku keluar untuk melakukan kerja sedikit di office dia, so sekarang ini aku tinggal bersendirian, ditemani oleh hujan dan bunyi katak.... Setelah aku mandi, aku menunaikan solat Isya' dan membaca ayat suci Al-Quran, aku terus mengambil pakaian kerja aku dan hubby untuk digosok... Ini kerana sementara aku menunggu hubby pulang dari kerja dan astro pula tidak boleh ditonton, aku mengambil keputusan untuk menggosok pakaian kerja.... Nanti senang aku hendak tidur tanpa memikirkan pakaian yang belum digosok... Esok aku tidak akan berpuasa kerana aku sudah mengetahui kehendak sahabat aku, macam biasa ke Alamanda Putrajaya... Sejak aku berpuasa 3 hari ini, dia langsung tidak mahu keluar dari office untuk membeli makanan tengahari, katanya dia sudah membungkus makanan sejak pagi... kasihan pula aku mendengarnya dan sebab itu aku tidak mahu berpuasa pada hari esok...Aku ingin menemani sahabat aku ini makan bersama-sama... Semalam aku menelefon ummie dan bertanya khabar tentang keluarga kami... Ummie memberitahu tentang adik ipar lelaki aku akan berangkat kembali ke Mesir pada 20hb Disember ini dan berkemungkinan besar ummie akan turut serta untuk menghantar beliau ke lapangan terbang... Rumah aku berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jadi sebab itu ummie dan keluarga akan pergi ke rumah, tetapi buat masa ini, ummie tidak dapat putuskan sama ada dia akan pergi atau tidak, bergantung kepada baki cuti rehat dia... Tapi apa yang pasti adik perempuan dan adik lelaki aku akan datang ke sini... Aku berasa amat seronok sekali dengan perkhabaran itu dan berharap ianya akan menjadi nyata...
 

Okey rakan-rakan sekelian, aku terdengar bunyi motorsikal hubby dekat luar rumah... Kita jumpa lagi esok, Insya Allah.... Tata...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧