Tuesday, December 20, 2011

20th December 2011


 Hari ini kedua-dua adik-adik aku telah pulang ke Terengganu setelah adik ipar lelaki aku selamat berangkat ke Mesir untuk mengambil peperiksaan...Mereka menaiki bas ekspres di Putrajaya Sentral pada pukul 9.45 pagi tadi dana aku sendiri menghantar mereka ke stesen tersebut... Kalau hendak diikut pada jadual, bas bertolak dalam pukul 9.30 pagi tetapi disebabkan kelewatan, mereka berlepas dari Putrajaya Sentral dalam pukul 9.45 pagi dan selamat sampai ke Kuala Terengganu pada pukul 6.30 petang tadi....Adik lelaki aku berkata bas bergerak secara perlahan dan tidak ramai penumpang yang menaiki bas tersebut....Semalam kami bertolak dari rumah menuju ke KLIA dalam pukul 10.30 malam dan sampai di KLIA dalam pukul 11.00 malam... Bila sampai di sana, kami bertemu dengan rakan-rakan adik ipar lelaki yang juga akan berangkat ke Mesir... Setelah mendapat maklumat dari staff kaunter tiket, adik ipar lelaki aku telah mengajak kami makan KFC tetapi aku dan adik lelaki telah menolak dengan memberi alasan ingin mencari kerusi urut yang ada di KLIA, kata adik lelaki aku, dia mengalami sakit belakang akibat duduk terlalu lama di dalam bas... Puas kami mencari kerusi urut di tingkat 3 dan 4 dan rupa-rupanya kerusi urut tersebut berada di tingkat 5...Buat penat sahaja kerana naik dan turun tangga.... Adik lelaki aku yang memulakan sesi mengurut dengan memasukkan RM5 ke dalam tempat letak duit, dan aku secara tiba-tiba ingin mencuba juga... Harga bagi sesi urut ini terbahagi kepada tiga harga, pilihan satu = RM1 untuk 3 minit, pilihan dua = RM5 untuk 15 minit dan pilihan ketiga = RM10 untuk 30 minit....Kami meletakkan RM5 seorang untuk 15 minit mengurut... Memang seronok bila pertama kali menggunakan kerusi urut sampaikan adik lelaki aku boleh terlelap sekejap....Kemudian, setelah habis sesi mengurut, adik lelaki aku kata dia lapar dan ingin makan McDonald's dan kami bergegas ke restoran tersebut...Aku memesan Double Cheese Burger bersama-sama air milo manakala dia pula memesan Big Mac juga bersama-sama air milo... Setelah makan kami bergegas ke tempat departure untuk bertemu dengan adik perempuan aku dan adik ipar lelaki aku.... Bersama-sama dengan mereka, keluarga angkat adik ipar lelaki aku telah datang dan mereka memberikan buah rambutan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang... Kami bersembang mengenai kehidupan masing-masing... Kemudian, adik ipar lelaki aku akhirnya mendaftar masuk pada pukul 12.45 pagi dan akan berlepas dalam pukul 3.15 pagi... Kami mengucapkan selamat tinggal kepada dia dan pulang ke rumah, tetapi kami singgah sebentar ke kedai 7 Eleven untuk membeli makanan ringan semasa perjalanan balik ke Terengganu... Kami sampai di rumah dalam pukul 2 pagi dan aku terus masuk bilik untuk tidur..... 


----------> Itulah coretan aku untuk hari ini, Insya Allah esok aku akan bercerita tentang apa yang berlaku pada malam ini kerana aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada malam ini...Hingga kita jumpa lagi... selamat malam dan tata...Sweet dreams guys!!!





No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧