Friday, December 02, 2011

2nd December 2011

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan aku amat beryukur kerana aku masih dapat bernafas di bumi Allah ini...Dan seperti biasa aku dan sahabat akan pergi ke Alamanda Putrajaya untuk membeli makanan tengahari... Tapi pada hari ini sahabat aku tidak dapat pergi bersama-sama kerana suami dia telah mengajak untuk balik ke rumah... Lantaran aku terpaksa pergi seorang diri untuk membeli makanan tengahari dan tidak semena-mena ada lagi seorang sahabat aku yang ingin menemani aku pergi ke Alamanda...Kami pun bergegas ke Alamanda untuk membeli makanan tengahri kami... Sewaktu kami ingin keluar dari Alamanda, aku ternampak langit yang cerah menjadi mendung dan aku pasti sekejap masa lagi hujan akan turun dengan lebat... Jangkaan aku tepat, sebaik sahaja kereta aku memasuki ruang parking kereta, hujan turun dengan begitu lebat dan memaksa aku menghantar sahabat aku ke kereta dia untuk pulang ke rumah... Memang kebiasaaan bagi sesiapa yang tinggal di Kuarters Putrajaya, mereka akan pulang ke rumah kerana jarak rumah mereka terlalu dekat... Aku pula akan berehat di dalam office sahaja untuk menikmati hidangan tengahari aku... Makanan yang dipesan oleh sahabat aku juga telah dibeli dan aku letakkan di tempat pantry kami... Hujan turun dengan begitu lebat sehingga waktu malam dan pada masa aku hendak pulang ke rumah, sungai yang berdekatan dengan kawasan perumahan aku telah naik secara mendadak dan menyebabkan banjir telah berlaku pada petang tadi... Aku terpaksa mencari jalan lain untuk pulang ke rumah dan aku berharap minggu depan sungai akan surut seperti sediakala kerana jalan untuk aku pergi ke office adalah melalui jalan itu... Al-Hamdulillah jalan alternatif yang aku ambil petang tadi tidak dinaiki air... Syukur aku pada Allah... Esok aku harap cuaca akan menjadi cerah kerana aku hendak melakukan rutin mingguan aku... Okey, aku ingin masuk ke bilik untuk tidur walaupun masa masih muda tetapi entah mengapa aku berasa amat mengantuk sekali... Insya Allah kita akan jumpa lagi pada hari esok... 


No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧