Tuesday, January 31, 2012

Al-Hamdulillah, aku dan hubby selamat sampai di rumah Sepang pada hari semalam dan hari ini aku sudah mulai kerja, tetapi pada 5hb Februari ini aku perlu pulang semula ke kampung halaman kerana aku mempunyai satu lagi appointment dengan doktor pada 6hb Februari... Jadi petang tadi aku sudah mengisi borang cuti dan nasib baik pegawai aku membenarkan aku bercuti... Hubby pun sudah mengisi borang cuti tetapi dia kepilkan sekali dengan surat rujukan doktor dan Al-Hamdulillah pegawai dia pu sudah meluluskan cuti tersebut... Untuk pengetahuan, kami balik ke rumah sekarang ini dengan adik perempuan aku... hehehehe... Entah apa di dalam fikirannya hingga dia mahu mengikut aku pulang... Dan hari ini dia mengikut aku pergi ke tempat kerja... Macam hari biasa, aku akan menjemput sahabat aku di rumah dia untuk pergi ke tempat kerja... Adik perempuan aku berkata wajah sahabat aku ini agak muda jika dibandingkan dengan usia dia... Aku tergelak seorang diri dan mengatakan bahawa usia sahabat aku ini sebaya dengan abang ipar adik perempuan aku ini, iaitu hubby tersayang....

Insya Allah, kita akan berjumpa lagi... Tata...




No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧