Wednesday, February 01, 2012

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan khas untuk warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan... Yea..Yea... Hari ini cuti umum dan hanya aku sahaja yang tidak bekerja...manakala hubby pula kena bekerja... hehehe hari ini aku dan adik perempuan akan pergi ke pasaraya Giant untuk membeli sedikit barang-barang keperluan untuk pulang ke kampung nanti... Aku berasa sudah tidak sabar lagi untuk bertemu semula dengan ahli keluarga dan bersembang dengan mereka... Tinggal 2 hari lagi untuk aku pergi kerja dan kemudian aku akan pulang ke kampung halaman selama seminggu... Yeaahhaaaa.... Memang seronok pula rasanya dan hati ini sudah berada dalam suasana menghitung hari... Sabar wahai hati, kita akan balik juga akhirnya... Oh ya... Hari Sabtu ini kakak aku akan berkahwin dan dia menjemput aku ke majlis hari pernikahan dia nanti, di Sunway Sutera, Puchong... Abah dan keluarga yang lain turut datang ke sana...

-----> okey, jumpa lagi di lain waktu Insya Allah....Tata...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧