Diari harian

Saturday, February 25, 2012















Hari ini aku tidak dapat membuat apa-apa pekerjaan kerana aku dinasihatkan oleh doktor untuk berehat sahaja di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja berat... Jadi tugas aku yang selama ini telah diambil alih oleh hubby dan kadang-kadang aku berasa kasihan pada hubby... hehe yea lah, selama ini dia melakukan kerja-kerja yang lain selain dari tugas aku... Apa yang tidak best adalah aku kena berpantang dalam pemakanan seharian dan  yang paling best adalah hubby menghantar aku ke pejabat setiap hari dan bila aku berada di pejabat, aku tidak boleh naik tangga berikutan aku perlu menjaga kesihatan.. Tambahan pula aku bekerja keseorangan berikutan pegawai aku telah mengambil cuti bersalin, apa hendak buat?kerjaya perlu diteruskan dengan ikhlas dan jujur... Nasib baik internet pada hari ini agak laju berbanding semalam, mungkin kerana talian dia tidak teratur dan mengalami gangguan... Bila agaknya UNIFI hendak memasuki area rumah aku ini? aku sudah tidak sabar lagi untuk menggunakan internet yang berkelajuan tinggi... Oh ya.... Aku ada temujanji dengan doktor lagi pada bulan April ini dan aku harap kali ini berjaya dalam segala urusan... apa kata orang Korea? Fighting!!! hehehe, itulah penangan cerita-cerita daripada negara Korea, tapi memang best cerita mereka kerana mereka banyak berlakon dalam drama kekeluargaan dan kemasyarakatan... Makanan mereka pula kebanyakannya masakan yang pedas, contohnya kimchi, ala sama macam makanan kebanggaan Jepun, iaitu Sushi, Wasabi... Tapi makanan kita pun apa kurangnya, bukan ke begitu??! Contohnya nasi minyak, lauk ayam masak merah, nasi beriani, nasi lemak, dan macam-macam lagi... Bak kata orang, macam-macam ada... hehehehehe



Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧