Monday, April 02, 2012

Aku sendiri bingung dan keliru dengan pelbagai kejadian yang melanda di dunia ini... Adakah ini dinamakan dunia akhir zaman??? Bilakah manusia akan sedar akan kesilapan mereka, sebab semakin hari semakin banyak dosa yang mereka lakukan sehingga mereka tidak sedar dan tidak ada rasa bersalah dalam diri mereka? Di manakah letaknya harga moral kehidupan dan nilai kemanusiaan dalam diri mereka? Adakah ianya telah terhapus sama sekali?? Tanyalah hati dan bermuhasabbah diri masing-masing.... Kekejaman berlaku di sana sini samada di dalam negara mahupun di luar negara, sehingga aku terasa yang kita berada di ambang peperangan... Walaupun peperangan ini tidak menampakkan peperangan fizikal tetapi peperangan psikolgi sedang hebat melanda kita, adakah kita sedar semua ini???Jika psikologi dalam diri kita kuat untuk menangkis segala serangan maka kita akan selamat... Jikalau tidak, kita akan terus hanyut dalam peperangan ini... Hanya Al-Quran dan Hadis Rasul sahaja yang dapat menyelamatkan kita dari terus dihanyut oleh arus peperangan ini....


No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧