Diari harian

Monday, April 23, 2012


Assalamualaikum,
Alhamdulillah, gaji bulan ini agak lumayan sedikit dan aku dapat mendapat durian runtuh pula, dengan kehadiran tunggakan gaji... Aku ingat pada 27hb ini aku mahu ke Pesta Buku Antarabangsa yang akan diadakan selama seminggu... Wahhh... Aku ingin membeli novel-novel, komik dan buku pilihan aku... Aku telah berpakat dengan seorang sahabat aku untuk pergi bersama... Tentu banyak buku-buku baru yang akan diterbitakan dan dijual di sana... Pesta Buku Antarabangsa ini sebenarnya lebih menumpukan pada buku-buku pelajaran tetapi ada juga bahan-bahan bacaan yang lain yang boleh didapati di sini... Jomlah kita singgah ke sana untuk beli buku kegemaran kita... Jom baca buku bersama-sama... Wahh..Aku ini sempat berpromosi tentang buku dan bacaan pula... Yealah, apa yang hendak dikata, bukankah aku ini seorang pembantu perpustakaan, sudah tentu aku akan mempromosi baca buku,.....

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧