Sunday, April 29, 2012


Hari ini aku dan hubby telah membuat rancangan untuk balik ke kampung halaman hubby dan kami telah minta cuti selama 1 hari iaitu pada hari esok dan pada 1hb Mei ini adalah cuti umum sempena hari pekerja... hehehe sudah tentu aku akan mengambil peluang untuk bercuti, rasa rugi pula sekiranya aku tidak mengambil cuti... Semalam aku sudah mencuci semua pakaian aku dan hubby bagi memastikan tiada pakaian kotor yang akan dilambakkan... Sudah agak lama kami tidak pulang ke kampung hubby lantaran waktu kerja hubby yang tidak mengizinkan serta tahun ini kami sudah memulakan proses IUI... Sebab itu cuti kami sudah tidak banyak lagi yang tinggal....


No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧