Sunday, April 15, 2012


Nasib baik hari ini panas terik dan aku dapat mencuci pakaian harian dan kerja, hehehe... Itulah rutin mingguan aku untuk setiap minggu, aku pasti akan mencuci pakaian aku dan hubby... Masakan pula aku akan memasak ala kadar sahaja... Maklum sahaja, tinggal berdua ini tidak banyak yang perlu dimasak, lainlah kalau situasi ini jika mempunyai anak-anak... Insya-Allah aku yakin dengan kekuasaan Allah, pasti DIA akan mendengar doa aku dan hubby, cuma tunggu dan lihat sahaja, selain daripada terus berusaha... Rumah pun sudah dikemaskan tetapi kadang-kadang aku tidak larat untuk mengemas rumah aku yang hampir setiap hari dipenuhi dengan debu... Pelik juga rasa dihati kerana di mana datangnya debu yang singgah di rumah aku ini...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧