Wednesday, March 21, 2012

Kadang kala aku sering tertanya kenapa manusia sering kali melupakan apa yang telah dia nikmati dan sering melupakan mengucapkan rasa syukur kerana pemberian nikmat yang dia perolehi?? Kekejaman berlaku di sana sini dan kadang kala aku berasa amat gerun untuk meneruskan kehidupan tetapi itulah hakikat yang kita perlu hadapi sekarang... Bila agaknya manusia akan sedar tentang kesilapan mereka di masa lalu? Hanya hati masing-masing yang dapat menjawab segala persoalan ini... Semua manusia tidak terkecuali melakukan kesilapan dan mempunyai banyak masa untuk kembali ke jalan yang benar, cuma kita tidak sedar betapa besar dan luasnya jalan yang benar untuk kita lalui... Bisikan syaitan selalu menghasut diri kita untuk kita lalai akan tanggungjawab sebenar kita pada Allah...



No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧