Friday, July 06, 2012

Ermmm... Terima kasih sahabat ^_^


Yahooo.... Jumaat sudah tiba, tetapi hari ini aku bersendirian kerana seperti mana aku nyatakan 2 hari lepas, sahabat aku yang juga merangkap pegawai aku telah bercuti... Jadi aku fikir ingin ke Alamanda seorang diri... Tetapi seorang lagi sahabat aku Kak Ayu ingin pergi ke Alamanda bersama-sama dengan aku kerana dia ingin membeli ayam goreng KFC untuk anak-anak dia dan juga dia ingin membelanja aku kerana menolong dia pagi tadi....


--------> Al-kisahnya begini.... Pagi tadi Kak Ayu meminta aku menemani dia ke Bank Maybank di Presint 2 dan meminta supaya aku menunjukkan tempat parking kerana dia kurang arif pada jalan itu... Jadi aku yang dulunya agak kerap ke sana dan aku tahu di mana tempat parking kereta pergi ikut bersama Kak Ayu... Aku tidak pernah minta balasan apa-apa daripada mana-mana kawan yang ingin meminta bantuan dari aku, tetapi katanya dia sengaja hendak membelanja aku makan... Jadi, bak kata orang-orang tua, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari... hehehe terima kasih kak kerana membelanja saya untuk pertolongan yang tidak seberapa ini.... Insya Allah lain kali saya akan belanja akak balik yea... Alamak!! Kena tunggu selepas raya lah jawabnya....Sebab minggu depan kita sudah mula berpuasa.... Yeaa... Yea... Minggu depan kita puasa...seronoknya..... (jadi kanak-kanak riang sekejap)...hehehe

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧