Monday, July 02, 2012

Hendak Kongsi Tips Kekeluargaan

Hargai ibu bapa 
  • Selalu telefon apabila berjauhan.
  • Jangan lupa kirim wang walaupun sedikit (andai sudah bekerja).
  • Beri hadiah pada hari penting (Hari Ibu, Hari Bapa Dan hari lahir).
  • Cium tangan ibu bapa.
  • Apabila sudah berkeluarga, selalu pulang ke kampung kerana mereka rindu untuk bertemu cucu.
  •  Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan masalah.
  • Pulang apabila mereka sakit. 
Hargai Suami
  • Selalu berikan senyuman.
  • Berhias untuk suami.
  • Masak masakan kegemaran.
  • Minta pandangan suami jika ada masalah.
  • Selalu urut suami.
  • Menjaga maruah suami.
  • Puji suami di depan keluarga atau orang lain.
  • Beri hadiah hari lahir.
  • Pandai mengambil hati.
  • Selalu memberi sokongan apabila suami ada masalah.
  • Membina hubungan baik dengan keluarga suami.
  • Mohon maaf dengan suami sebelum tidur.
Hargai Isteri
  • Ingat tarikh penting bersama isteri (ulang tahun perkahwinan, hari lahir).
  • Ingat tarikh lahir anak. 
  • Bantu isteri melakukan kerja rumah.
  • Ungkapkan kata cinta sebelum tidur.
  • Selalu beri pelukan dan kucupan.
  • Membina hubungan baik dengan keluarga isteri.
  • Ucapkan terima kasih apabila bersama.
  • Selalu memberikan kejutan menggembirakan.
  • Selalu berpenampilan segak (isteri dipuji apabila suami bagus).
  • Memberikan kemaafan.
  • Panggil isteri dengan panggilan yang manja.
  • Puji isteri depan anak dan keluarga.
  • Berikan hadiah apabila isteri melahirkan anak.
Hargai anak
  • Selalu beri pujian ikhlas.
  • Galak anak melakukan yang terbaik.
  • Beri hadiah atas kejayaan anak walaupun kejayaan kecil.
  • Selalu beri pelukan dan ciuman.
  • Sekali sekala puji anak di depan orang lain.
  • Hadirkan diri pada acara, pertandingan atau peraduan disertai anak.

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧