Friday, July 20, 2012

My Favourite old songs.....


Walaupun aku keseorangan tetapi masih ada lagi yang sudi menemani aku... Pagi tadi aku ziarah sahabat aku yang kemalangan semalam, aku pergi bersama-sama dengan rakan office dan kami bertolak pada pukul 9.45 pagi... Sebenarnya pagi tadi ada ceramah tetapi keinginan untuk menziarah lebih kuat rasanya jika dibandingkan dengan pergi ceramah...

Sampai di rumah sahabat aku, kami bertanya khabar dan dia mengadu yang dia mula rasa sakit di seluruh badan dan kepalanya pening sebab sejak semalam dia tidak boleh tidur akibat menahan kesakitan.... Lalu kami mencadangkan dia untuk pergi ke Hospital Serdang untuk membuat rawatan susulan kerana pada pendapat kami (aku juga) perkhidmatan Hospital Putrajaya AMAT TIDAK MEMUASKAN HATI DAN MENYAKITKAN HATI........

Al-Hamdulillah dia mendengar nasihat kami dan aku sempat berpesan pada dia supaya memaklumkan aku apa-apa sahaja tentang rawatan susulan.... Kami pulang ke office pada pukul 11.10 pagi dan langkah kami adalah langkah kanan...Hari ini seain dari ada ceramah agama mengenai Ramadhan Al-Mubarak, hari ini kami akan dijamu dengan makan durian.... woww........Aku sempat makan 5 biji durian dikongsi dengan beberapa orang rakan office... Nanti aku akan maklumkan sekiranya sahabat aku mempunyai apa-apa berita tentang rawatan susulan dia....Hari ini aku hendak berkongsi beberapa buah lagu yang mana lagu ini ada di zaman kecil aku.... Hope that you all will enjoy it and bring the old memories......


No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧