Tuesday, July 10, 2012

Selamat Bekerja!!!

Selamat kembali ke dunia kerja... hehehe... Al-Hamdulillah syukur kepada Allah kerana aku sudah agak pulih daripada demam walaupun kadang kala suhu badan aku meningkat naik mendadak... mungkin dengan perubahan cuaca ataupun suhu aircond di office aku terlalu sejuk sampai menggigil badan... Walaupun kerja aku memang berlambak dengan banyaknya tetapi aku tetap optimis dengan keadaan itu... Lagipun aku memang sukakan kerja aku ini dan TIDAK MUNGKIN aku akan meletak jawatan ini sehingga aku pencen kelak... Sebut pasal pencen, ummie aku pun akan berpencen tidak lama lagi pada tahun depan... Jadi pada tahun depan genaplah umur 58 tahun... Huiii... sekejap saja masa berlalu sehingga usia kita semua semakin hari semakin meningkat....hmmm.. Kamu semua ada menonton cerita Masterchef Celebrity Malaysia?? Siapa pilihan kamu? Adakah Farouk Hussein, Juliza Adlizan, Soo Wincci, Angah Raja Lawak ataupun Dato' Fazley? Aku tetap memilih Dato' Fazley dan Angah Raja Lawak kerana daripada episod pertama sampai sekarang mereka memasak secara konsisten dan mereka juga kerap dipanggil ke hadapan juri untuk merasa masakan mereka...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧