Friday, January 11, 2013

Berita sedih... :-(



Hari ini adalah hari yang paling sedih... Hubby aku kemalangan jalanraya petang tadi... Dan aku baru sahaja selesai bagi dia makan ubat... Hubby disahkan patah tulang tapi doktor tidak bagitahu lebih lanjut seteruk mana kecederaan dia itu...

Ceritanya begini...

Pagi tadi aku sudah berasa tidak sedap hati tetapi hatiku mengatakan tidak ada apa-apa berlaku... Pada petang tadi, sebenarnya aku dan pegawai aku menghadiri satu majlis pembacaan di Hospital Putrajaya pada pukul 3.30 petang... Secara kebetulan pula, pegawai aku membuat pertukaran sekolah anak perempuan dia di Labu Lanjut dan kami diminta untuk datang ke Pejabat Pendidikan Sepang, untuk mengambil surat pertukaran.. Kami bertolak pada pukul 11.15 pagi memandangkan hari ini adalah hari Jumaat dan mereka akan rehat pada pukul 12.15 tengahari... Setelah kami mengambil surat, kami terus makan tengahari di Giant Nilai dan aku sempat membeli kerepek ubi kegemaran hubby dan kami pulang ke rumah aku... kemudian sampai di rumah, aku mendapati hubby telah balik ke rumah kerana aku teringat yang dia cakap hendak menghidupkan road tax motorsikal dia dan dia perlu ambil geran motorsikal dia... kemudian, kami sempat singgah di nursery dan pegawai aku sempat membeli 4 jenis pokok bunga, kemudian kami bergegas pergi ke hospital Putrajaya untuk menghadiri majlis itu..Kami sampai dalam pukul 2.50 petang dan pada pukul 3.00 petang, aku mendapat panggilan daripada hubby dan dia mengatakan yang dia kemalangan dan dia berada di Klinik Fuziah ketika itu...

Aku terkejut sangat sampai tidak tahu hendak fikir apa, aku cuba call dia beberapa kali tapi tidak menjawab dan hatiku sungguh bimbang ketika itu...Kemudian aku dapat call daripada hubby dan dia kata yang dia perlu pergi ke hospital untuk rawatan lanjut dan kemudian talian terputus, mungkin dia pengsan kerana menahan kesakitan.. Masa itu hatiku berbelah bagi samada hendak tunggu di situ atau pergi ke Klinik Fuzian yang berada di Kota Warisan... Aku mengambil keputusan untuk pergi ke sana dan pegawai aku sudi menemani aku ketika itu, semasa dalam perjalanan bibirku tidak lekang daripada berselawat dan berdoa agar hubby berada dalam keadaan selamat... dalam masa itu juga pegawai aku sering memberikan kata-kata semangat padaku supaya bersabar, walaupun aku memandu agak laju tapi aku sentiasa berhati-hati kerana aku membawa penumpang... 

Sampai di klinik, kakitangan klinik itu bagitahu yang hubby telah dibawa ke hospital dan kami bergegas ke hospital..sampai di hospital, kami ke bahagian kecemasan dan hubby telah dirawat di dalam dan agak lama juga aku menunggu dia dirawat...

okeyy, nanti aku sambung esok kerana aku perlu menjaga hubby...oyasumi minna-san...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧