Friday, May 02, 2014

Makanan Pilihanku...Resipi bubur pulut hitam...



Bulan nie rasanya saya nak berkongsi pasal resipi jea...hehehehe kadang-kadang seronok jugak bila masuk entri bab makanan nie, sebab kebanyakan dari kita akan mencari resipi yang diinginkan....


Salah satu resipi yang saya nak berkongsi adalah bubur pulut hitam dan ianya makanan kegemaran saya sebabnya saya boleh menghabiskan setengah periuk sederhana besar tanpa makan apa-apa makanan yang lain...Sebenarnya adik-adik saya tak berapa suka bubur pulut hitam, tapi bagi saya inilah makanan yang paling sedap sekali... Nak tahu resipinya? jom...


Bahan-Bahan :-
  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung 

Cara membuat :-

Cara untuk masak bubur pulut hitam:
  1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
 
Cara untuk kuah santan: 
 
  1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
  2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
Tips: Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.
 



Well, camne? silakanlah mencubanya di rumah... Jaa mata nee...





No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧