Sunday, August 31, 2014

Merdeka...Merdeka...Merdeka...

 


" Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka "

MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA...
Wahh, rasa bersemangat betul hari nie sebab negara kita dah merdeka selama 57 tahun dan harap-harap ianya akan berkekalan aman selalu.. Tak dapat saya bayangkan andaikan negara kita berada di dalam kancah peperangan dan adakah muda mudi akan mempertahankan negara kita ini sebagaimana muda mudi Palestin yang mempertahankan negara mereka... Nauzubillahi min zallik... Walaupun kita dilahirkan di zaman merdeka tapi janganlah kita lupa pulak pada nenek moyang kita yang bangkit mempertahankan negara daripada diceroboh oleh penjajah, walaupun saya tak pernah merasai zaman peperangan tapi saya turut merasai kesusahan orang di zaman peperangan...

Ouh, sempena cuti merdeka nie, korang suma ada rancangan ke nak pegi mana-mana destinasi pelancongan? atau korang cuma duduk di rumah sambil berehat di samping keluarga yang tersayang? Saya? hehehe secara kebetulan ummie dan adik beradik saya datang ke rumah sejak hari Jumaat lagi dan semalam kami pegi melawat ke zoo untuk melihat haiwan di sana... Sebenarnya kami nak bawak si Naqiu, anak sedara saya untuk melihat haiwan, tetapi ianya langsung tak menarik minat budak kecik nie, yang dia excited sangat tengoknya adalah air terjun buatan, sampai terlompat-lompat kegirangan... Jenuh jugak lah kami bawak dia tengok haiwan, siap pegi tengok secara dekat lagi, langsung tak diendahkannya... hmmm... Naqiu.. Naqiu... Well, hari nie mereka suma dah bertolak ke Baling, Kedah untuk mengambil barang-barang adik saya yang bongsu, kerana dia dapat menyambung praktikal pergigian di Kuala Terengganu, alhamdulillah, dekat sikit dengan rumah.. Saya pun takdelah risau sangat dengan ummie saya tue, sebab memandangkan ummie saya akan tinggal berseorangan sekiranya adik lelaki saya yang ketiga pegi ke laut untuk menangkap ikan... apa? Nelayan? hehehe adik saya bukannya seorang nelayan tapi ianya menjadi hobinya menangkap ikan... Nak buat camne, hobi masing-masing kan...

Well, adik... Kak Nur ucapkan selamat maju jaya dalam menjalani praktikal pergigian di Kuala Terengganu dan tolong tengokkan ummie tue yea, maklumlah ummie tue jenis tak duduk diam, ada aje yang nak dibuatnya dan melebihi had batasan keupayaan dia... hehehehe jaa mata nee...

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧