Wednesday, September 17, 2014

Info menarik pasal 10 cili terpedas di dunia


Assalamualaikum...
Entri kali nie saya nak berkongsi info pasal 10 cili terpedas di dunia... Ada di kalangan kita yang suka makan pedas, kan... Saya memang jenis tak suka makan pedas sebab bila makan pedas jea, mesti sakit perut dan ke toilet la jawabnya... pernah jugak saya cuba makan pedas tapi tue la, perut nie tak tahan dengan kepedasan cili, memang tempat kedua saya adalah toilet... tapi kalu sambal tempoyak, saya sanggup redah makan dan menahan kepedasan sebab saya nie hantu tempoyak, memang sedaplah bila makan dengan nasi yang panas kan... Okey nie adalah carta 10 cili terpedas di dunia....


1) Bhut Jolokia = scoville rating 855,000 - 1,050,000
Cili nie telah disahkan oleh Rekod Dunia sebagai cili yang terpedas di dunia, menggantikan Red Savina. Cili nie berasal dari Daerah Assam di timur laut India. Cili ini juga tumbuh di Nagaland dan Manipur. Terdapat sedikit keraguan mengenai spesies cili ini, apakah ia termasuk dalam jenis capsicum frutescens atau capsicum chinense, namun berdasarkan ujian DNA dikenal pasti bahawa ia adalah spesies hibrida, dengan dominan capsicum chinense dan sedikut capsicum frutescens. 



2) Red Savina Pepper = scoville rating 350,000 - 580,000
Cili ini adalah jenis khas dari cili Habanero, yang dikembang biak khas untuk menghasilkan cili yang lebih pedas, besar dan berat. Frank Garcia di Walnut, California adalah pengembang cili Red Savina ini. Metodenya masih rahsia dan tidak diketahui umum. Cili ini memegang rekod sebagai cili terpedas di dunia dari tahun 1994 hingga 2006 dan dicatat oleh Rekod Dunia. Namun pada Februari 2007, cili ini turun dari takhtanya, dikalahkan oleh Bhut Jolokia.


3) Habareno Pepper = scoville rating 100,000 - 350,000 
Cili ini adalah salah satu cili yang amat pedas pada jenisnya, iaitu capsicum. Ketika mentah berwarna hijau, ketika matang warnanya oren atau merah. Namun kadangkala terlihat juga warna putih, coklat dan bahkan merah jambu. Ukuran panjangnya sekitar 2-6sm. Cili ini banyak berasal dari Yucatan dan kawasan sekitar pantainya. Nama cili ini berasal dari bandar di Cuban, La Habana. Walaupun tempat itu bukanlah tempat asalnya, namun cili ini banyak diperjualbeli di sana. 


4) Thai Pepper = scoville rating 50,000 - 100,000
Thai Pepper dalam bahasa Indonesianya cabe rawit, Sunda-cengek, Thailand-phrik khi nu dan Tagalog-siling labuyo. Cili ini banyak terdapat di Thailand dan jirannya seperti Kemboja, Vietnam, Indonesia dan sekitarnya. Ternyata orang Indonesia memang kuat pedas, buktinya cili yang biasa "dimakan" sehari-hari sahaja.




5) Cayenne Pepper = scoville rating 30,000 - 50,000
Merah Cili! Benar-benar cili yang menunjukkan keciliannya melalui warnanya. Cili ini bernama Cayenne, Guinea Pepper atau Bird Pepper. Cili ini adalah cili merah yang pedas, digunakan untuk serbuk masakan ataupun untuk keperluan perubatan. Namanya berasal dari bandar Ceyenne di French Guiana. Cili ini digunakan untuk masakan pedas, baik dalam bentuk sempurna ataupun serbuk. Bahkan cili ini juga digunakan untuk kegunaan herba.


 6) Serrano Pepper = scoville rating 10,000 - 23,000 
Cili ini dari Mexico, di kawasan pergunungan Mexico. Rasa pedasnya menggigit, lebih pedas dari Jalapeno dan biasanya dimakan mentah-mentah. Bentuknya memang mirip dengan cili api dari Indonesia tetapi ini adalah spesies yang berbeza.




7) Jalapeno Pepper = scoville rating 2500 - 8000
 Bentuknya seperti terung, tetapi ia bukan terung, itulah cili Jalapeno. Cili ini sudah termasuk panas, dan sudah dapat memberikan sensasi terbakar (pedas) ketika memakannya. Panjang cili ini antara 5-9sm. Cili ini berasal dari Mexico. Di Mexico terdapat lahan seluas 160km persegi yang hanya digunakan untuk menanam cili jenis ini. Kawasannya terutama di lembah sungai Papaloapan, sebelah utara Veracruz.



8) Anaheim Pepper = scoville rating 500-2500  
Nama Anaheim sebenarnya adalah nama sebuah kawasan. Nama itu diberikan kerana ada seorang petani bernama Emilio Ortega yang membawa benih cili ini ke kawasan Anaheim pada awal tahun 1900. Gelaran lainnya adalah California Chile atau Magdalena. Jenis cili ini yang tumbuh di New Mexico memiliki tingkat kepedasan yang lebih tinggi, iaitu sekitar 4500 sehingga 5000 scoville unit. 


9) Pimento Pepper = scoville rating 100-500
Pimento atau cili ceri adalah cili yang besar, merah berbentuk hati, panjang antara 7-10sm dan lebar 5-7sm. Isi buahnya termasuk manis, berair dan lebih beraroma dibandingkan dengan paprika merah. Namun beberapa jenis pimento ini cukup pedas. Pimento berasal daripada bahasa Portugis dan ianya dipanggil "bell pepper". 



 10) Bell Pepper = scoville rating 0
Bell pepper ini biasanya terdapat dalam 4 warna iaitu merah, kuning, hijau dan oren. Bell pepper kadangkala dikategorikan ke dalam cili yang kurang pedas atau "sweet pepper". Namun terdapat paprika jarang didapati yang berwarna putih dan ungu, bergantung di mana ia ditanam dan dari jenis apakah ia. Paprika hijau berasa lebih pahit dibandingkan dengan paprika merah, kuning dan oren. 

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧