Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia


Assalamualaikum,

Selamat Hari Malaysia semua rakyat Malaysia... Kita patut bangga dengan menjadi warga negara Malaysia, dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan di Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan diharapkan keamanan ini akan kekal buat selama-lamanya. Walaupun kita berlainan bangsa, agama, budaya, ideologi politik tapi kita tetap bersatu hati demi keamanan negara, betul tak?

Apa perancangan awak semua untuk hari nie? Mesti ada yang balik kampung masing-masing atau pergi bercuti ke mana-mana tempat yang menarik di Malaysia kan... Saya pun teringin nak balik kampung jugak tapi memandangkan masa terbuang dalam perjalanan pergi dan balik, maka saya cuma duduk di rumah aje sambil membuat kerja-kerja rumah.... Semalam, saya bertindak (amboii ayat...hehehe) mengemas bilik yang dijadikan mini library + tempat simpanan barang-barang + tempat rak pinggan, dengan mengalihkan susun atur tempat... Dah lama saya tak buat kerja-kerja mengalih perabot nie., dan saya buat pengalihan perabot pada waktu malam sebabnya, ntah.... Sejak kecik lagi saya memang suka buat kerja-kerja mengemas pada waktu malam, mungkin sebab waktu malam lebih sejuk dan tidak terlalu panas jika dibandingkan dengan waktu siang... Lagi satu , bila dah penat buat kerja-kerja tue, saya akan cepat sikit mengantuk dan tidur...

Okey, jumpa lagi di entri yang berikutnya... Jaa, oyasumi....

No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧